Analisis jurnal 1
Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil.
22, 161–172, 2007
PENGUASAAN
JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT
DAN
PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM
Nik Rosila
Nik Yaacob
Pusat
Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia,
11800 USM
Pulau Pinang, Malaysia
E-mel:
nikrusila@usm.my
Abstrak:
Kajian ini bertujuan untuk melihat
hubungan antara penguasaan Jawi dengan
pencapaian dan minat pelajar dalam
Pendidika
n Islam. Subjek kajian seramai 400
orang
pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 4
daripada dua buah sekolah menengah di Shah Alam
dan Kuala Lumpur. Kaedah
penyelidikan
''survey''
digunakan untuk mengumpul data.
Alat kajian yang digunakan ialah:
(i) Ujian penguasaan Jawi yang menguji kemahiran
menulis dan mengeja Jawi, ujian
menjawab soalan aneka pilihan, ujian kemahiran
menulis soalan esei dan ujian
menulis ayat al-Quran, (ii) Soal selidik, iaitu tentang latar
belakang pelajar, minat pelajar
terhadap Pendidikan Islam, pencapaian pelajar dalam
peperiksaan Pendidikan Islam, cara
pelajar belajar Pendidikan Islam dan cara guru
mengajar Pendidikan Islam. Dapatan
kajian
mendapati bahawa: (i) Penguasaan
pelajar
dalam Jawi adalah lemah terutama
dalam aspek-aspek yang diuji. (ii) Terdapat hubungan
yang signifikan antara penguasaan
Jawi dan pencapaian pelajar dalam Pendidikan Islam.
Dapatan juga dapat menunjukkan sama
ada pe
lajar itu berada dalam kategori
lemah,
sederhana atau baik dalam penguasaan
Jawi
, minat mereka terhadap Pendidikan
Islam
adalah rendah.
PERNYATAAN
MASALAH
Sejarah pendidikan di Malaysia
menunjukkan bahawa Pendidikan Islam diajar melalui pelbagai cara dengan
menggunakan buku-buku atau teks yang ditulis dalam tulisan Jawi. Tulisan Jawi
iala
h hasil daripada pengubahsuaian dan
penambahan huruf-huruf Arab untuk disesuaikan
dengan lidah orang Melayu bagi memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai contoh, huruf Ga diperkenalkan dengan ber
asaskan bunyi huruf Kaf dan Jim
serta Cha berasaskan bunyi huruf Ta
dan Jim (Syed Muhammad Naquib al-Attas, 1990). Oleh itu, tulisan Jawi merupakan
medium asas untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Is
lam di sekolah-sekolah Malaysia pada
hari ini terutama dalam pembelajaran
al-Qur'an (Kang Kyoung Seouk, 1990).
Matlamat pelajaran Jawi adalah untuk
melengkapkan pelajar dengan
kemahiran
menulis dan membaca Jawi bagi
membolehkan pelajar memahami pelbagai
bidang ilmu dalam Pendidikan Islam.
TUJUAN
KAJIAN
Kajian ini
bertujuan untuk mengenal p
asti
sejauh mana penguasaan Jawi di
kalangan
pelajar-pelajar Ti
ngkatan 2
dan 4 serta hubungannya dengan pencapaian
mereka
dalam mata pela
jaran
Pendidikan Islam.
LANDASAN
TEORI
Kajian ini berlandaskan teori
pembelajaran yang dikemukakan oleh Bloom
(1976) yang menggabungkan tiga
pemboleh ubah utama, iaitu, ciri-ciri pelajar,
pengajaran guru dan hasil
pembelajaran. Berdasarkan model di atas, terdapat tiga faktor utama yang
mempengaruhi hasil pembelajaran, iaitu ciri-ciri pelajar,
tugasan pembelajaran dan kualiti
pengajaran guru. Ciri-ciri pelajar termasuklah dari segi kesediaan kognitif dan
kesediaan afektif. Kesediaan kognitif ialah persed
iaan tingkah laku yang akan
menentukan sejauh mana suatu tugasan pembelajaran boleh dipelajari. Manakala
kesediaan afektif merujuk kepada sejauhmana sikap
dan minat pelajar dapat mempengaruhi
tugasan pembelajaran dan mempengaruhi aras motivasi pelajar. Apabila pelajar mempunyai
persediaan afektif yang baik dan seimbang, proses pengajaran dan pembelajaran
akan menjadi lebih mudah dan kecenderungan untuk memperoleh
kejayaan dalam sesuatu tugasan
pembelajaran adalah lebih besar. Konsep tugasan pembelajaran adalah sejumlah
elemen yang dipelajari oleh pelajar. Elemen-elemen ini mungkin tidak be
rkait antara satu sama lain (seperti
jadual waktu, fakta atau peraturan) dan mungkin juga saling berkaitan. Dalam konteks
sekolah, tugasan pembelajaran adalah sebahagian daripada tugasan yang telah
ditetapkan oleh sekolah dalam sesuatu kursus, buku teks dan seumpamanya. Penguasaan
Jawi dalam Pendidikan Islam
Bagi mewujudkan suasana tugasan
pembelajaran itu bermakna dan menarik, guru perlulah bijak merancang
pengajarannya. Kualiti pengajaran guru pula akan menentukan kecekapan yang ada
pada pelajar untuk menyempurnakan suatu tugasan pembelajaran. Kualiti
pengajaran guru merangkumi sejauh mana guru mengoptimumkan persembahan
pengajaran, penjelasan dan penyusunan unsur-unsur yang berkaitan dengan suatu
tugasan pembelajaran.


Komentar
Posting Komentar